Tip Magnet Rezeki: Apa Sumbangan Kita Pada Agama

Monday, April 10, 2017

Apa Sumbangan Kita Pada Agama

Saya perasan, kalau pagi-pagi ada baca perkara-perkara tak best, maka sepanjang hari tu macam tak best. Hehe.

Jadinya sekarang ni, pagi-pagi lepas sarapan tu, sambil-sambil tulis "to do list" kononnye, saya dengar ceramah seorang ustaz di FB.

Di hujung-hujung ceramah beliau, ada menyeru umat islam turut menyumbang sesuatu kepada agama Allah. Tetiba rasa ada peningkatan aura semangat dalam diri. :)

Kata ustaz...

Janji Allah itu benar. Allah dah janji, sampai satu masa Islam akan berada di atas. Dengan sumbangan kita atau tanpa sumbangan kita, Islam tetap akan menang.

Persoalannya, ada atau tidak sumbangan kita dalam kemenangan Islam ketika tu?

Sekarang memang Islam ditindas. Jelas Allah masih buka peluang pada kita untuk menyumbang di jalanNya.

Pesan ustaz lagi..

Kita mungkin tak mampu nak menyumbang semua benda, namun jangan sampai satu benda pun kita tak boleh buat.

+

Fikirkan, apa sumbangan yang kita boleh buat dalam membantu agama Allah? Apa saja, dengan kelebihan yang kita ada.

Apa jua pekerjaan kita, niatkan untuk kebaikan agama. Jika ada duit lebih, sumbangkan ke jalan Allah. Jika pandai menulis, ajak orang lain dekat dengan Allah melalui tulisan.

Saya teringatkan Pn Nora Yusof yang gunakan bakat menulisan untuk hasilkan buku dan ebook 111 Formula Tarik Rezeki FTR untuk bantu agama Allah. Subhanallah, ramai yang mendapat manfaatnya. Terutamanya dalam urusan rezeki.


Kita?

Jom sama-sama fikir ya..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard