Tip Magnet Rezeki: Belajar Jemput Rezeki Dari Cicak!

Saturday, April 15, 2017

Belajar Jemput Rezeki Dari Cicak!

Hari ni saya nak bawa sahabat semua mengembara ke dunia cicak! Cerita cicak ni adalah inspirasi dari audio rahasia magnet rezeki Ust Nasrullah.

Sungguh, setiap ciptaan Allah itu ada pengajaran tersendiri. Mari lihat bagaimana uniknya cicak 'menjemput rezeki'.

Cicak, ditakdirkan bergerak merayap di dinding, tak boleh melompat. Makanannya pula si nyamuk yang berterbangan. Licik! Logiknya, kita manusia pun sukar nak tangkap nyamuk, bagaimana dengan cicak yang amat terbatas pergerakannya.

Belajar cara cicak jemput rezeki
Gambar sekadar hiasan :)

Bayangkan kalau kita jadi cicak mesti duk mengomel tanpa henti sambil hentak-hentak kaki.

"Apa ni Ya Allah, aku hanya boleh merayap, makananku siap boleh terbang, susahnya nak tangkap Ya Allah.."

Namun cicak bukan seperti manusia, ia tetap sabar menerima takdir, patuh pada sunnatullah. Allah pasti beri cara tersendiri untuk cicak jemput rezeki datang padanya.

Mari kita perhatikan..

Cicak hanya duduk diam, menunggu rezekinya datang menyerah diri. Bila ada nyamuk terbang mendekatinya..zaapp! Hanya sedikit usaha mengeluarkan lidahnya, nyamuk itu menjadi santapan enaknya.

Terbukti makanannya pasti datang. Hanya perlu sabar tunggu masa sesuai. Kemudian hanya sedikit usaha (dah dipersiapkan Allah, lidah yang tangkas dan melekit), ia dapat makanannya. Belum pernah keluar berita ada cicak mati kelaparan kan? Hehe

Skill inilah yang harus kita pelajari dari cicak. Renungi dalam diri dalam-dalam, apakah yang Allah sediakan buat kita dalam persiapan menjemput rezeki?

Kita kan ciptaan terbaikNya, pasti lebih hebat dari cicak tadi. Kita ada akal, bijak, minda dan fizikal yang hebat, boleh bekerja, bijak berniaga, mampu belajar ilmu-ilmu bisnes, marketing dan lain-lain lagi. Setiap manusia ada keunikan tersendiri. Subhanallah.

Jika ada yang berminat dalami ilmu menjemput rezeki menggunakan minda separa sedar, saya cadangkan anda dapatkan ebook 10 Rahsia Tarik Rezeki Melimpah.

+ + +

Ok.. Berbalik kepada kisah cicak tadi ...

Cicak tidak selalu di atas sahabat-sahabatku. Sesekali ketika ghairah mengeluarkan lidah menangkap nyamuk, ia terjatuh ke lantai! Kelepek! Pernah kan tengok cicak jatuh.. :)

Cuba bayangkan kita yang menjadi cicak itu, mesti rasa marah dan merungut lagi..

"Lihat Ya Allah, aku dah jatuh. Bagaimana mungkin aku berjaya menangkap nyamuk yang terbang sedangkan aku tak boleh terbang..ini tidak adil"

Ahh manusia, memang begitu sifatnya. Huhu

Namun cicak masih tetap sabar dan patuh. Lepas hilang kepeningan akibat jatuh tadi, ia naik lagi, merayap lebih tinggi, sabar lagi menjemput rezekinya. "Pasti kali ni dapat nyamuk lebih enak!" Katanya..

Ia diam menunggu nyamuk datang dan zappp! Kali ni dapat nyamuk gemuk dan tinggi kandungan lemaknya. Hehe.

+ + +

Macam tu la kehidupan ini, rezeki sudah tersedia untuk kita. Kita hanya perlu sabar, patuh dan usah merungut. Ya perlu usaha, namun kelengkapan usahanya pun dah di atur Allah.

Sesekali Allah jatuhkan kita terperosok ke bawah. Ini lah ujian Allah terhadap sejauh mana kepatuhan dan kesabaran kita. Allah nak uji, adakah kita tetap bertahan dan berTuhan ketika di bawah.

Allah suka jika apabila kita jatuh kita siap sedia bangkit kembali.

"Siap Ya Allah, aku sedia bangkit dan naik lebih tinggi!"

Saat itu Allah hadirkan kekuatan yang menjalar ke seluruh tubuh, kita mampu naik lebih tinggi dan berjaya mendapat hasil yang lebih baik dari sebelumnya. Ternyata kejatuhan kita adalah pemangkin kekuatan luar biasa yang tersimpan dalam diri.

Dapat sesuatu dari kisah cicak ni sahabat?

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard