Tip Magnet Rezeki: Fikiran Kita Ada Magnet, Gunakan Sebaiknya Dalam Menarik Rezeki Melimpah

Wednesday, April 19, 2017

Fikiran Kita Ada Magnet, Gunakan Sebaiknya Dalam Menarik Rezeki Melimpah

Fikiran Kita Ada Magnet, Gunakan Sebaiknya Dalam Menarik Rezeki Melimpah

Ada cerita nak share ni. Ringkas je insyaAllah. Baru-baru ni saya terfikir nak lukis strategi bisnes ni yang berselirat dalam kepala. Hehe. Memang serabut, tak tahu nak mula dari mana.

Teringat tulisan Pn Nora Yusof dalam buku Formula Tarik Rezeki beliau. Tuliss.. Tuliss.. Nak buat apa pun kena tuliss, baru lah ringan bebanan otak kita ni. (Klik sini untuk dapatkan buku beliau)

Saya pun tulis lah. Mula-mula tu berselirat juga jadinya. Bersimpang siur anak panahnya. Cer tengok gambar. Maaf la terpaksa blur-kan. Tapi camtu la rupa dia.


Bila dah nampak atas kertas tu, baru susun balik dengan kemas. Yang dahulu didahulukan, yang kemudian, dikemudiankan. Gitew..


Haa baru nampak flow dia, apa nak buat dulu, strategi apa nak guna. Bila dah siap tu tenung-tenung kertas tu dan tampal kat dinding.

+

Teringat pula kata-kata Ust Yusuf Mansur. Apa pun yang kita nak buat, plan kita, bawa ke Allah dulu. Sepatutnya sedari awal merancang nak buat apa tu, 'tanya' Allah dulu.

Dah siap plan step by step, 'bentang' ke Allah dulu. Mohon petunjukNya, mohon supaya dibimbing Allah dalam menjayakannya.

+

Ajaibnya nak cerita ni.. Tiba-tiba Allah aturkan, ada otai bisnes (saya memang subscribe emel mereka) yang kongsikan panduan percuma tentang apa yang saya nak buat tu. Ok dah baca panduan tu, makin yakin dan berkobar nak buat.

2-3 hari lepas tu, ternampak pulak FB ads lalu kat wall FB. Ada panduan yang exactly apa yang saya rancang dalam lakaran saya tu. Step by step dan checklist apa perlu dibuat untuk saya berjaya buat tu. Dan harganya sangat berpatutan. (Rasanya kategori murah bagi panduan camtu)

Subhanallah. Tak henti ucapkan rasa syukur. Rasa terharu pun ada. Doakan segalanya lancar ya.

Dari kisah ni, saya teringat satu part yang saya baca dalam salah satu ebook dari Rahasia Kunci Sukses (Pakej Ebook dari Indonesia).

+

Baca betul-betul ya. Penting ni.
Jika perlu, baca 2-3 kali ya. Saya sendiri pun kena baca banyak kali supaya faham. Hehe

Fikiran kita umpama magnet, kita akan menarik apa yang kita fikirkan datang ke arah kita. Sebenarnya apa saja yang kita nak, telah tersedia di alam ini.

Seluruh alam semesta Allah ciptakan untuk kita, manusia. Lengkap. Segala yang kita nak dah ada pada frekuensi tertentu, menunggu kita pancarkan frekuensi yang sama untuk menariknya ke arah kita.

Faham?

Mudahnya macam ni, kita perlu fikir apa yang kita nak, bayangkan hasil akhir sambil mohon bersungguh-sungguh pada Allah. Percepatkannya dengan tarik perhatian Allah dengan amalan2 yang Allah suka. Dhuha, tahajud, sedekah dll.

Jangan fikir apa yang kita tak mahu. Contohnya, kita banyak hutang. Dalam fikiran jangan asyik fikir hutang..hutang..hutang.. Namun fikirkan bayangkan dan rasakan kita punya wang berlimpah dan dengan senang hati, lenggang kangkung pegi bayar hutang tu. Hehe. Clear kan..

+

Sekian sahaja cerita tentang magnet fikiran. Pengajaran dari kisah ni.

1. Tulis apa yang kita rancang, dan bentangkan ke Allah.

2. Fokus pada hasil akhir yang kita mahu. Mohon ke Allah lagi.

3. Percepatkan prosesnya dengan amalan yang Allah suka.

Bak kata Ust Yusuf Mansur, "Allah dulu, Allah lagi, Allah terus.."

Moga bermanfaat ya..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard