Tip Magnet Rezeki: May 2017

Friday, May 26, 2017

Kisah Si Tukang Gunting Rambut

Terbaca satu kisah seorang tukang gunting rambut berbicara dengan pelanggannya yang kelihatan sedang mengantuk.


Tukang Gunting : Kamu percaya adanya Tuhan?

Pelanggan: Ya, sudah tentu percaya.

Tukang Gunting : Saya tak percaya adanya Tuhan. Kalau Tuhan tu ada, pasti tiada orang yang susah dalam dunia ni.

Pelanggan tersebut terdiam, tiada idea nak jawab lagi. Si tukang gunting tersenyum sinis, puas dengan hujahnya.

Selesai gunting rambut, pelanggan buat bayaran dan melangkah keluar dari kedai. Tiba-tiba beliau ternampak seorang gila di luar kedai, lalu "tingg...", Allah ilhamkan sesuatu.

Dia kembali ke Si Tukang Gunting dan berkata..

Pelanggan : Saya percaya, dalam dunia ni tiada tukang gunting!

Tukang Gunting : Mana mungkin begitu, kan saya baru lepas gunting rambutmu.

Pelanggan : Saya lihat di luar sana masih ada orang gila yang rambutnya langsung tidak terurus, pasti tiada tukang gunting di dunia ini.

Tukang Gunting : Masalahnya orang itu tak datang ke saya. Jika tidak, pasti saya dah rapikan rambutnya.

Pelanggan : Ya.. Nampaknya tuan dah dapat jawapan kepada persoalan tuan tadi. Tuhan itu ada, namun ramai yang hidupnya sukar dan sulit kerana tidak kembali ke Tuhan.

Jika mereka kembali ke Tuhan, pasti semua masalah mereka selesai!

Subhanallah. Dapat sesuatu dari kisah ni?

Kongsikan jika bermanfaat.
baca lagi

Wednesday, May 24, 2017

Amalkan Tips Ini Ketika Berbelanja

#TipMagnetRezeki - Ketika Berbelanja.

Dengan berbelanja pun boleh tarik rezeki tau, asalkan niat yang baik.

Inspirasi dari video live Prof Muhaya.
Katanya..

Ketika berbelanja, jangan ada mindset..
"Ala..habis la duit.. Berkurang dah duit"

Namun..

Ketika berbelanja tu, fikirkan..
"Alhamdulillah, aku sedang menjana ekonomi orang lain"

Setiap kebaikan pasti dibalas kebaikan, janji Allah Taala.

+

Guru pernah berpesan,

1. Setiap kali kita belanja, tanam dalam minda, setiap kali keluarkan duit, makin banyak duit yang bakal masuk.

2. Setiap kali berbelanja, amalkan ayat ke 54 surah Sod. Inna haaza larizquna maa lahu minnafaad.. (Fahami maknanya)


P/s: Apapun jangan la sampai membazir pulak kan. Islam menuntut kita bersederhana dalam segala hal. Gitew..

--
Sahabat semua dijemput join group Nota Jemput Rezeki di FB. Group khas untuk saya kumpulkan nota, tips, doa dan ebook tentang rezeki.

Buat masa ni group Nota Jemput Rezeki masih public. Join segera di >> sini <<

Silakan share jika bermanfaat :)
baca lagi

Monday, May 22, 2017

Allah SWT Uji Kita Di Titik Terlemah

Allah uji kita di titik terlemah kita, supaya kita dapat baiki dan jadi insan lebih baik dari sebelumnya.

Bila Allah uji saya dengan rasa marah meluap, baru perasan, saya lemah dalam kawal marah! Ermm.. Contohhh.. Hehe

Cepat-cepat kembali ke Allah, mohon bantuan untuk hadapi sesuatu tu dengan lebih tenang gitew.

Sama jugak la diuji dengan rasa sempit, rezeki tersekat, hidup huru hara, Allah nak kita belajar, perbaiki diri. Mungkin ada salah yang kita tak sedar.

Apabila kita berjaya atasi, selesaikan perkara / ujian tu (dengan bimbinganNya), pasti hidup kita makin baik dan melayakkan kita mengecapi segala nikmatNya. Saat itu ketenangan jiwa datang, rezeki melimpah ruah tanpa dapat ditahan lagi. Subhanallah..
.
.
.
Selalunya, kita perlu sesuatu sebagai asbab yang menyedarkan kita akan kesilapan yang menyebabkan ujian terus datang pada kita tak henti-henti. Contoh, ada akak ni komen di FB saya, beliau menangis lepas dapat kenalpasti banyak kesilapan beliau melalui buku FTR.

Kata beliau..

betul.....bila baca buku ni....saya menangis.....Ya Allah....banyaknya kesilapan dlm hidup ini.  Alhamdulillah masih hidup....masih diberi peluang memperbaiki kesilapan....semoga Allah menerima taubat kita


Buku yang beliau maksudkan adalah 111 Formula Tarik Rezeki yang memuatkan formula-formula lengkap dan terperinci tentang rezeki. Kadangkala ada perkara yang kita anggap kecil dan remeh namun besar disisiNya. Secara tak sedar perkara itu menyebabkan rezeki kita seolah tersekat.

Komen akak Harni lagi..


Allahu, saya pulak yang tergenang air mata bila baca komen akak ni. Huhu. Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan bantuanNya, kita selalu sedar untuk kembali padaNya dalam apa jua keadaan selepas ni.

Bak kata Ustaz Yusuf Mansur,
Allah Dulu, Allah Lagi, Allah Terus..

baca lagi

Kaedah Self Healing Dengan Surah Al-Fatihah

Bismillah.

Sihat ke semua? Baru-baru ni saya terjumpa satu kaedah self healing dengan Surah Al-Fatihah. Saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat semua.



Kredit kepada sahabat FB saya, Nazlin Supinyee yang sudi kongsikan cara self healing ni.

Cara self healing:

1. Duduk bersila dengan keadaan tenang dan bersedia untuk membaca Al-Fatihah.

2. Tarik nafas perlahan2, jika sukar cuba buat sehingga selesa.

3. Baca Al-Fatihah pada setiap satu

Al-fatihah untuk :

# Rasulullah SAW
# Para Nabi Dan Rasul
# Para Malaikat2 yang ada di langit dan di bumi.
# Para Auliya
# Para Shuhada
# Muslimin dan muslimat
# Suami & Anak2
# Ibu bapa
# Diri sendiri zahir dan batin,  tulang,  darah, salur darah, jantung, urat2 saraf (3kali)

Bismillahirohmanirohim 100x.

# Rasakan ada satu aliran dalam tubuh.. hayati. Perlahan lahan tubuh anda di berikan kesembuhan,  izin Allah taala.

Setelah proses pembacaan berakhir,  akan dapat di rasakan diri rasa segar dan sihat.

Boleh amalkan hari hari.

P/s : kalau dah hafal,  baca dalam hati pejam mata lagi baik, sebab bila pejam mata segala sense kita akan teraktif.

Dah baca habiss?? Ucapkan Alhamdulillah.

baca lagi

Thursday, May 18, 2017

Beli Buku Tanpa Izin Suami.. Akhirnya..


Baru-baru ni saya pos macam ni kat facebook. Wah, ramai nak tahu kisahnya ya. Baik, saya kongsikan sekali untuk sahabat pembaca blog ni.

Kisahnya macam ni.. Diceritakan oleh Pn. Nora Yusof, penulis buku 111 Formula Tarik Rezeki.

Minggu lepas... Saya postlah buku FTR ni dekat seorang kastemer.
.
Kastemer nad.
.
Malam tu saya siap dah packing order dia.
.
.
Pagi esoknya selesai pos apa semua... Tiba-tiba dapat mesej dari nad.
.
.
Nad kata, pelanggan tu mesej dia, bagitahu yang buku tu dia beli, suami dia tak tahu pun dia dah terbeli.
.
Rupanya bergaduh laki bini pasal beli buku. Yelah isteri dia beli buku tapi duit diorang cukup-cukup ada je. Suami marah sebab duit yang ada boleh buat beli susu anak ke makanan ke lah lebih kurang gitu lah cerita dia.
.
Dia punya niat beli tu sebab nak keluar dari kesusahan tu lah sebab tu dia beli buku tu. Suami dia tak faham dan marah sebab buku FTR kan kapak punya harga. Huhu.
.
.
Masalahnya kenapa orang dah post baru nak bagitahu masalah dia.
.
Sudahnya kita pun pening, dia pun pening. Posmen ja tak pening. Ekekeke. Sebab on the way nak p hantar dah. Adoi...
.
Saya kata takpalah. Dah post pun. Tengok lah dulu macam mana lepas tu mesej saya semula apa-apa hal. Gitu saya cakap dekat nad.
.
Lepas tu dia dapat buku tu, dia nak baca tak boleh. Macam serabut gitu. Apa pun tak lekat nak masuk kepala. Apa ni takdak feel pun.
.
Okey nad mesej saya pasal situasi dia. Saya dah agak dah. Saya bagitahu nad tu sebab suami dia tak redha dia beli buku tu yang jadi macam tu.
.
Then saya bagitau, takdak cara lain kalau dia nak baca jugak, pergi mintak redha suami dulu baru start baca semula. Kalau suami dia tak mau jugak. Bagitahu dia, pulangkan balik buku dan saya pulangkan semula duit dia. Itu sahaja.
.
.
Okey then tak tahulah dia mesej apa ngan nad ni.
.
.
Beberapa hari kendian, masuk lagi wasap nad. Ingatkan cerita pasal apa. Cerita pasal dia lagi. Hihi. Adeh.
.
Okey. Saya pun tadah mata ni baca mesej lagi...
.
.
Nad bagitau, lepas dia mintak suami dia redha dia baca buku tu. Alhamduliah suami redha. Lega. Kami pun ikut doa mudah-mudahlah terbukak hati laki dia. Sebab kami kesian dia.
.
Lepas tu, dia cerita masalah dia begitu begini, nad lah hat tadah mata baca. Wakaka. Niaga lah kerja lah. Bla, bla bla. Okey dah cerita masalah, sekarang saya pesan kat dia pergi hadam ftr tu sampai mukasurat akhir. Wajib sampai akhir mukasurat.
.
.
Nak tahu apa berlaku? Ishlaaa tak sedar dah terpanjang rupanya. Kiki.
.
.
Apa lagi... Nangis berjurai-jurai lah... Huhu.
.
.
Pergi kerja, hat tak pernah berjaya close sale boleh close sale ribu-ribu. Bukan sekali tapi lebih. Seronok sangat dia. Saya baca wasap dia hat nad hantar tu pun rasa macam nak lompat kita ni. Kikiki oberrrrr.
.
Saya senyum ja lepas dapat mesej tu.
.
Saya cakap dekat nad, kirim salam sayang dekat dia dan adalah saya selit sikit doa dekat dia.
.
.
Nak tahu diorang sembang apa tengok bawah ni.



Fuhh.. Alhamdulillah. Saya pulak terharu baca cerita suspen yang happy ending nih.

Mudah-mudahan sahabat kita ni dan kita semua sentiasa dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus.

P/s: Siapa nak info pasal buku FTR ni, klik sini ya >> 111 Formula Tarik Rezeki


baca lagi

Wednesday, May 17, 2017

Sakit Hati Sempitkan Rezeki

Antara perkara yang menyentap perasaan masa mula2 baca FTR adalah bila baca bab sakit hati. Rupa-rupanya sakit hati tu menyekat rezeki.


Lebih mengejutkan lagi...

Bukan saja menyakitkan hati orang lain itu berdosa, rasa sakit hati pada orang yang menyakitkan hati juga berdosa.

Dan.. Kedua-duanya penyebab REZEKI SEMPIT.

Masa awal2 tu rasa, biar betul... (nampak sangat masa tu banyak sakit hati kat orang kan. Kikiki) Hakikatnya, betul lah. Sebab Allah suruh kita sabar walau apa pun yang berlaku dan saling bermafaan.

Habis tu, bila orang sakitkan hati kita, cemana nak bagi tak sakit, kalo dah memang rasa sakit benor hati ini. Hehe

Rasa sakit hati tu kan ujian. Bila Allah uji, bukan kuasa kita nak hilangkan ujian tu, Allah saja boleh hilangkan rasa tu.

Pertama, mohon ampun dengan Allah sebab kita tak mampu sabar, mengaku pada Allah kita memang rasa marah sangat-sangat.

Kedua mohon kekuatan dari Allah supaya kita jadi sabar, tenang dan memaafkan orang yang sakiti kita. Mohon petunjukNya.

Mohon juga keampunan dan taufik hidayah bagi pihak orang yang sakitkan hati kita.

Seburuk apa pun sesuatu perkara, bila kita rujuk ke Allah, pasti tenang. Walaupun masalah belum selesai, ketenangan hati tu rahmat paling besar dah.

Hati yang tenang juga magnet rezeki paling ampuh!

Sebenarnya banyak lagi hal menyentap jantung dan hati dalam FTR tu. Kalo uols dah sedia nak kasi cuci itu hati, nak ketenangan sebenar, boleh dapatkan FTR segera k..

Kalo belum sedia, its ok.. Allah pasti aturkan yang terbaik untuk semua. FTR hanya salah satu 'alat bantuan' yang terbukti mengubah persepsi ramai orang.

Ini salah respon salah seorang pembaca FTR bila saya post artikel ni di Facebook.


Siapa nak buku FTR boleh terus order sini.
Jika ada masalah, hubungi saya 019-491 7769 (whatsapp shj)

P/s: Saya ada create 1 group eksklusif untuk saya kongsikan Nota Jemput Rezeki. Kalo ada yang nak join boleh klik > Nota Jemput Rezeki > Klik "join".
baca lagi

Wednesday, May 10, 2017

Peluang Perniagaan Online Tanpa Modal

Assalamualaikum. Selamat petang sahabat pembaca blog. Sihat ke? Cuti ke harini?

Hari ni ada free sikit, ingat nak share dengan sahabat semua satu peniagaan online yang berpotensi, namun ramai yang tak tahu. Paling penting, ia percuma!

Perniagaan online ni mudah tau, tak perlu berkejaran ke sana-sini. Buat part time pun ok untuk dapat side income. Asalkan pandai uruskan masa, jangan buat bisnes part time di ofis pada waktu bekerja pulak. Hehe

Perniagaan online yang saya nak cerita ni, korang boleh buat waktu malam ke, atau schedule je post kat FB atau blog. 

Bisnes apa tu, cepat la cerita.. Hehe

Bisnes affiliate! Pernah dengar tak affiliate? Konsep nya lebih kurang dropship (promosi produk orang lain), namun bagi saya affiliate jauh lebih mudah. 

Segala copywriting, pembayaran, customer support semua diuruskan oleh owner produk. Kita hanya promosi link di FB, blog, whatsapp (dll) dan terima komisen. Haa mudah kan perniagaan online ni.. Semua hujung jari beb!

Flow nya macam ni..

Perniagaan online


Jujurnya saya bukanlah otai dalam bidang perniagaan online ni, baru-baru belajar jugak ni. Disebabkan saya suka membaca buku dan ebook dalam niche rezeki, jadi saya mendaftar sebgai agen affiliate dan promosikan buku dan ebook rezeki. Antaranya..

Banyak lagi produk yang anda boleh daftar sebagai agen affiliate secara percuma, namun perlu la pandai cari produk affiliate yang hot untuk anda mulakan perniagaan online pertama anda.

Bagaimana nak promote, Syakirah?

Mudah ja, boleh guna Facebook, just tulis perkongsian dan letakkan link. Kekadang orang tak perasan pun kita sedang 'menjual'. Hehe

Perniagaan online
Ni teknik paling asas. Mudah kan?

Nampak link bawah tu? Itu link affiliate saya bagi produk 111 Formula Tarik Rezeki. Jika ada yang klik link tu dan buat tempahan, maka saya akan dapat komisen. Macam ni..




Potensi keuntungannya pula bagaimana?

Biasanya komisen affiliate mencecah 50%, malah ada yang lebih dari 50%. Ohsem kan! Ok saya belanja sikit la, hasil salah satu produk yang saya join affiliate. 



Tak banyak pun lagi, masih perlu banyak belajar lagi kan. Namun saya nampak potensinya di situ, sebab tu la saya share ni.. Dapat sebarkan ilmu, sambil jana pendapatan.

Dah terbukti tau, ramai yang menjana komisen 4-5 angka dengan perniagaan online secara affiliate ni. Senyap-senyap je diorang nih buat duit ribu riban.. Hehe

Cuba baca kisah chef ni. Klik - Kejayaan Affiliate. Ini salah seorang guru saya dalam bidang affiliate. Hehe. Siapa nak belajar lebih lanjut boleh dapatkan ebook dan video beliau. Sangat membantu. InsyaAllah.

Yang bestnya lagi kan, biasanya owner produk turut membantu beri ilmu2 marketing pada agen affiliate mereka. Wah3.. Dah la daftar percuma, dapat komisen lagi, ilmu pun dapat.

Haih tak tau nak cakap cemana lagi.. Hehe.
Moh la ramai-ramai daftar jadi agen affiliate, kita promote sampai lebam. 

Oh ya dalam pakej Kejayaan Affiliate juga ada didedahkan sumber produk affiliate yang hot dan berkualiti. Tinggal pilih dan promote!

Ayuh sahabat!
baca lagi

Thursday, May 4, 2017

Cerita Kelas Tuisyen FTR

Assalamualaikum. Selamat petang. Mudah-mudahan semua sahabat pembaca blog berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Harini nak cerita sikit pasal Kelas Tuisyen FTR, khas kepada pelanggan FTR. Kelas Tuisyen ni lebih kepada guide untuk step seterusnya selepas baca buku FTR.

Idak la terkapai-kapai kelemasan tak tahu nak buat apa dan nak start dari mana, lepas baca FTR. Kan ada 111 Formula Tarik Rezeki dalam tu. Bukunya dah tebal persis ensiklopedia. Digalakkan untuk baca berulangkali. Setiap kali baca pasti akan ada ilmu baru yang dipelajari.


Puan Nora Yusof sediakan Kelas Tuisyen FTR khas untuk guide satu persatu step yang perlu dibuat. Setakat ni dah ada 3 task / homework yang diberikan secara berperingkat, berupa amalan tarik rezeki. 

Jangan terkejut! Amalan tu nampak simple, namun jika dilakukan berterusan, akan nampak impaknya. 

Contohnya..



Jika sahabat nak tengok banyak lagi review tentang kelas ni, boleh tengok sini - Review Kelas Tuisyen FTR.

Sepanjang kewujudan Kelas Tuisyen FTR tu, subhanallah banyak cerita dan perkongsian yang memberi kesan mendalam dan penuh inspirasi yang diceritakan oleh ahli group.

Saya tertarik dengan satu perkongsian seorang sahabat ni yang saya baca pagi tadi. Namanya saya rahsiakanlah ya..

Katanya..


Macam mana, best kan. Saya sendiri pun lepas amalkan task 1 dan 2 memang dapat rasakan perubahan tu.

Kehidupan rasa lebih smooth, rasa macam ada banyak masa dan sentiasa ingin gunakan masa dengan sesuatu yang bermanfaat.

Task ke-2 tu dulu perkara paling berat ya ampun saya nak buat walaupun dah banyak kali di ajar oleh mentor2 sebelum ni. Bila masuk Kelas Tuisyen FTR ni gelabah jugak sebab kena report kan.. Jadinya buat jugak la. Hasilnya sekarang kalau tak buat rasa macam tak lengkap pulak. Hehe.

Menariknya, ada perkara yang saya tulis dalam task kedua tu mula menampakkan hasil tanpa saya fokus sangat pada perkara tu. Ia seolah terjadi sendiri, pastinya Allah yang aturkan segalanya. Subhanallah.

Oh ya.. Kelas Tuisyen FTR ni adalah salah satu bonus dalam pakej Diamond Eksklusif FTR. Kalau sahabat nak tau lebih lanjut klik sini - 111 Formula Tarik Rezeki.


Jika ada pertanyaan boleh whatsapp:
019-491 7769



baca lagi

Wednesday, May 3, 2017

Review Ebook Magnet Rezeki

Assalamualaikum semua sahabat pembaca blog ini. Selamat petang. Didoakan agar sahabat semua sentiasa sihat, tenang, gembira dan bahagia. Ok hari ni saya nak buat review sikit tentang Ebook Magnet Rezeki. Sebenarnya dah habis baca sejak minggu lepas lagi, namun hari ni baru sempat nak taip review ni. :)



Are you ready??

Ok saya mulakan seawal saya baca pasal ebook ni di website Magnet Rezeki ni. Waduh waduh baru baca kat web die je dah sentap kau!. Terutamanya part 5 Mitos Salah Faham Mengenai Rezeki. Allahu, kita ni kan suka sangat bersangka-sangka dengan sangkaan yang tak betul tentang rezeki. Hasilnya hidup kita makin sukar, rezeki sempit dan jiwa tak tenang.


Tentang Ebook Magnet Rezeki

Akibat terlalu terkesan dengan isi kandungan di web tu, saya terus dapatkan ebook Magnet Rezeki tersebut. Yang menariknya ebook ni bukan sahaja cerita tentang rezeki, namun turut dikongsikan tip-tip bijak kewangan. Ok saya kupas satu persatu ya.

+ + + + + + +

Dalam bab pertama penulisnya menyentuh tentang Erti Sebenar Rezeki. Part ini lah yang kita selalu salah faham, selalu resah gelisah, selalu merasakan rezeki kita tak cukup. Seolah menjadi zikir harian pulak, "dah takda rezeki... takda rezeki.. tak cukup duit.."

Akibat terlalu banyak merungut, kita pun lupa untuk bersyukur. Terlalu fokus pada yang kurang hingga terlupa akan nikmat yang besar tak terhingga. Allahuakbar. Tuan penulis turut mengupas tentang jaminan Allah Ta'ala terhadap hambaNya.

InsyaAllah selesai saja bab ni, kita akan rasa betapa besarnya kasih sayang Allah Taala pada kita, lantas lenyaplah segala kerisauan dan kegusaran kita selama ini.

+ + + + + + +


Dalam bab kedua pula penulis menerangkan tentang punca-punca pintu rezeki tertutup. Dikupas satu persatu punca utama rezeki tersekat. Dalam bab ini kita boleh analize semula, ada tak perlakuan kita yang menyebabkan rezeki seakan sukar nak datang. Bila kesilapan dikenalpasti, diperbaiki, insyaAllah kita akan menjadi Magnet Rezeki yang kuat dan dapat menarik rezeki melimpah ruah dengan izinNya.

+ + + + + + +



Bab ketiga Ebook Magnet Rezeki mengupas tentang Kuasa Magnet Rezeki. Subhanallah masa baca bab ni saya terkaget-kaget seketika membaca hujah dan bukti yang dibawakan oleh penulis. Maha Suci Allah Ar-Razzaq - Yang Maha Memberi. Janji Allah sentiasa benar.

Rezeki Allah melimpah ruah disediakan buat hambaNya yang soleh. Ada beberapa perkara yang kita perlu beri perhatian dan betul-betul jaga untuk menjadi Magnet Rezeki yang kuat. Sesungguhnya jika kena dengan caranya, keajaiban rezeki betul-betul datang mengejar kita. Subhanallah.

Dalam bab ini penulis turut kongsikan doa-doa dan amalan menjemput rezeki dari hadis sahih yang boleh dijadikan amalan harian.

+ + + + + + +

Bab keempat pula adalah Rahsia Kejayaan & Langsai Hutang. Bab ini dimulakan dengan beberapa doa khusus untuk selesaikan hutang juga yang dipetik dari hadis Rasulullah SAW. Subhanallah, bila dihayati maksud dari doa-doa tu, cukup menggetarkan hati, menyedari besarnya kekuasaan Allah jika dibandingkan dengan hutang PTPTN kita tuh.

Minta... minta.. mintalah bantuan Allah dalam apa jua perkara. Seluruh alam semesta yang luas tak bertepi ni pun Allah mampu tadbir dengan sempurna, apalah sangat masalah kita sebesar kuman tuh. (malah lebih kecil dari kuman jika dibandingkan dengan kebesaran dan kekuasaan Allah)

Yang paling best, dalam bab ni turut dikongsikan tips kewangan dan siap diberi percuma Cashflow Calculator, boleh guna secara online. Kat sini boleh check balik berapa wang masuk dan keluar, strategi untuk jimat untuk pastikan cashflow cantek. Nak buat sendiri dalam excel tak rajin kan.. Haa dah dapat free. Best tak?

Ahh banyak sangat nak cerita dalam bab 4 ni, pelbagai strategi kewangan yang di ajar, siap didedahkan satu sistem untuk uruskan akaun perniagaan secara percuma dalam bab ni.

Siapa guna kad kredit pula, ada tip dan strategi mahal didedahkan. InsyaAllah lepas baca ni anda tak terperangkap dengan hutang kad kredit malah dapat mengaut keuntungan pula.

+ + + + + + +

Peluang Jana Pendapatan!

Ke-best-an ebook Magnet Rezeki tidak terhenti di situ saja. Penulis turut menyediakan plan strategik untuk pembacanya menjana pendapatan tanpa had. Ia didedahkan di muka surat 104 secara detail.

Hari ni beliau dedahkan di group VIP Magnet Rezeki satu rahsia menarik targeted customer sebagai salah satu strategi pemasaran. Wahh.. Ilmu ni mahal, dengarnya ini salah satu teknik rahsia untuk pelanggan VIP produk beliau sebelum ni.

Ini reaksi pembaca ebook yang terus apply selepas membacanya. Superb!

Beruntungnya sesiapa yang berada dalam group VIP Magnet Rezeki ni. Ini antara sebab saya terus taip artikel ni, mudah-mudahan anda semua, pembaca blog saya dapat grab peluang ni segera. Segera!

Macam mana nak grab peluang ni cik salmah wei, tak sabor dah ni.. :p

Ok ok.. Klik sini - Ebook Magnet Rezeki 

Butang tempahan ada di bawah sekali ya.

Jika ada sebarang masalah, boleh whatsapp saya di 019-491 7769. Saya bantu, insyaAllah.

P/s: Grab, sementara ebook ni masih dalam kategori murah giler! giler pun tak murah camni ehh :)





baca lagi

Tuesday, May 2, 2017

Apa Beza FTR Platinum dan Diamond?

Beza FTR PLATINUM dan DIAMOND

Sebelum pergi lebih jauh, uols dah tau ke apa benda FTR ni? Hehe. Bagi yang belum tau, FTR ni singkatan bagi Formula Tarik Rezeki.

Sebelum ni diberi nama pakej platinum, setelah ditambah baik FTR kini menawarkan pakej Diamond. Tebal buku nya pun meningkat 2 kali ganda. Perh..


Namun, menariknya adalah beza harga dengan pakej platinum hanya Rm18!


Apa Beza Pakej Platinum dan Diamond?



Dari segi fizikalnya memang jelas kelihatan di gambar atas tu kan. Macam ensiklopedia dah hat baru ni. Bagaimana dari segi isi kandungannya pula?

Jom baca kupasan dari penulisnya sendiri, Pn Nora Yusof.

Ada 20 tajuk yang diubah dalam eksklusif (Diamond) iaitu:

------
Bab 1 Punca Rezeki Sempit
------

Formula 2 - Saya tambah penerangan.

Formula 4 - Hubungan adik beradik retak

Formula 5 - Masalah mereka yang bersedekah sebelum ni duk di formula 12. Saya tambah penerangan detail lagi macam mana nak sedekah 10% tu. Cara nak duit segera diterangkan kat sini. Sebelum ni takda ya.

Formula 6 - Munafik Penghalang rezeki ada 3 ciri munafik kat sini siap contoh harian yang memang kita duk buat hari-hari jadi punca sempit rezeki ni. Haiyaaa

Formula 8 - Untung yang membinasakan.

Formula 12 - Penawar Sakit : kat sini saya ajar macam mana nak buat ubatnya. Kiki

Formula 15 - Duit tak cukup, kenapa Ya?

Formula 17 - Fokus urusan akhirat (kandungan baru. Yang lama buang. Saya buat huraian lain lebih sentap sikit)

Formula 18 - Hidup bersandarkan siapa.

Formula 21 - Hukuman Paling berat.


------
Bab 2 Teknik Menarik Rezeki
------

Formula 24 - Dhuha Penarik Rezeki (saya tambah penerangan sebab musabab kenapa kena dhuha kenapa dhuha tapi tak dapat rezeki.

Formula 25 - Takut Habis?

Formula 28 - Zuriat dan Sihir

Formula 35 - Kerja Vs Ibadah

Formula 38 - Doa Permudahkan Urusan

Formula 40 - Hidayah Itu Rezeki

Formula 46 - 26 Masalah harian dan Jawapan. Zikir 99 dan penyelesaian

*Cekidautt >>  111 Formula Tarik Rezeki*

------
Bab 3 Tips Rezeki
------

Formula 50 - Fokus Penyelesaian. Sebelum ni kan formula 50 tajuk hati yang khusyuk ketika solat. Saya tukar juga.

Formula 52 - Bagaimana berniaga dengan Allah SWT

Formula 53 - Nak Hajat Makbul segera? Kat sini saya kepilkan dua testi sebagai bukti berkesan tips ni.

Formula 54 - Rezeki Yang ditakdirkan.

Formula 68 - Tetamu tak diundang saya ubah dan adjust penerangan kasi clear lagi. Kat sini panjang lah sikit.


------
Bab 5 : Pelengkap Rezeki
------

Pelengkap 8 - Allah menjawab Alfatihah kita. Kat sini saya tambah cara nak ubat sihir dan beberpa penerangan rahsia tenang dan berjaya.

Pelengkap 25 - Ada tambahan penerangan

Pelengkap 29- Ada tambahan penerangan.


Okey itu sahaja. Yang lain adalah sikit saya adjust.

Saya masukkan hakikat ilmu dan artikel

"Mengenali Yang Maha Memberi Rezeki"

Sebelum ni takda. Hihi...


So edisi Ekslusif ni lebih lengkap dan complete in Shaa Allah.


Susah nak adjust, susun semula, rombak balik tengok satu-satu. Saya dah cuba yang terbaik. Tq everyone.

Edisi EKSKLUSIF hadir tanpa dirancang. Saya buat je tak plan pun. Saya buat kerana mahu berikan kesempurnaan buat pencinta FTR.
.
Nora Yusof.
#Penulis_BestSellerFTR
.
Tebal buku ni 500m/s. Dua kali ganda daripada sebelum ni.

- - - - - -

Subhanallah.. Subhanallah.. Baca tajuk pun dah terliur ni, macam mana? Yang best nya, sahabat2 yang dah beli pakej platinum sebelum ni pun masih kelam kabut nak pakej Diamond pulak. Hehe

Ni salah seorangnya..


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Mudah-mudahan FTR dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi.

Jika nak tahu apa specialnya FTR ni boleh klik di bawah ya.

Jika ada masalah nak tempah, whatsapp:
019-491 7769


Didoakan sahabat pembaca blog ini dapat memiliki FTR dalam masa terdekat.
Aamin..


baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard