Tip Magnet Rezeki: Kaedah Self Healing Dengan Surah Al-Fatihah

Monday, May 22, 2017

Kaedah Self Healing Dengan Surah Al-Fatihah

Bismillah.

Sihat ke semua? Baru-baru ni saya terjumpa satu kaedah self healing dengan Surah Al-Fatihah. Saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat semua.



Kredit kepada sahabat FB saya, Nazlin Supinyee yang sudi kongsikan cara self healing ni.

Cara self healing:

1. Duduk bersila dengan keadaan tenang dan bersedia untuk membaca Al-Fatihah.

2. Tarik nafas perlahan2, jika sukar cuba buat sehingga selesa.

3. Baca Al-Fatihah pada setiap satu

Al-fatihah untuk :

# Rasulullah SAW
# Para Nabi Dan Rasul
# Para Malaikat2 yang ada di langit dan di bumi.
# Para Auliya
# Para Shuhada
# Muslimin dan muslimat
# Suami & Anak2
# Ibu bapa
# Diri sendiri zahir dan batin,  tulang,  darah, salur darah, jantung, urat2 saraf (3kali)

Bismillahirohmanirohim 100x.

# Rasakan ada satu aliran dalam tubuh.. hayati. Perlahan lahan tubuh anda di berikan kesembuhan,  izin Allah taala.

Setelah proses pembacaan berakhir,  akan dapat di rasakan diri rasa segar dan sihat.

Boleh amalkan hari hari.

P/s : kalau dah hafal,  baca dalam hati pejam mata lagi baik, sebab bila pejam mata segala sense kita akan teraktif.

Dah baca habiss?? Ucapkan Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard