Tip Magnet Rezeki: Simpan Sakit Hati - Rezeki Tersekat

Tuesday, July 18, 2017

Simpan Sakit Hati - Rezeki Tersekat

Pagi tadi, saya terima satu pm di facebook dari seorang pembaca. Rupa-rupanya dia nak share pengalaman lepas amalkan salah satu formula dalam Formula Tarik Rezeki - FTR.

Saya dah minta izin untuk share kisah beliau, mudah-mudahan ramai lagi bakal dapat kesan positif yang beliau alami.

+ + + + + + +

Saya nak share pengalaman lepas baca ebook FTR ni. Saya masih lagi baca Modul 5. 2 hari lepas saya baca bab "Formula Pelengkap 1: Sakit Hati Itu Penyekat Rezeki". 

Lepas je baca bab tu, saya teringat yang saya masih lagi ada simpan rasa sakit hati dengan bisnes partner saya. Saya simpan rasa tak puas hati ni lepas bisnes kami jatuh setahun yang lepas dan mengakibatkan banyak hutang2 bisnes yang perlu dilangsaikan.

Saya cuba tak nak salahkan dia 100% sebab apa yang dah jadi ni pun ada salah saya jugak. Tapi biasalah, bila fikiran dah kusut dengan masalah, ditambah pulak orang minta bayar hutang, setan lagi mudah nak menghasut.

Saya memang marah tapi saya takda kekuatan nak bagitau dia. Apa yang saya baca dalam tu, bila kita sakit hati dengan orang yang menyakiti kita, kedua-duanya akan tersekat rezeki.

Dalam setahun ni memang kami ada mula nak buat bisnes lain tapi ada je yang tak kena. Semua serba tak menjadi. Sebaik je lepas saya habis baca bab tu, terus saya hantar email ke dia untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati saya selama ni.

Saya masih lagi takde kekuatan untuk bercakap berdepan dengan dia. Saya harap dia dapat terima apa yang saya dah tulis dalam emel tu.

Saya minta maaf dengan dia dan saya maafkan juga kesalahan dia. Dia ada balas dan dia mengaku kesilapan yang dah jadi dengan bisnes kami.

Alhamdulillah, saya rasa lebih lega. Rasa beban dalam kepala tu dah hilang serta merta. Terima kasih Ya Allah, asbab dipertemukan dengan buku FTR ni hati saya semakin tenang.


+ + + + + + +

Alhamdulillah syukur. Gembira sangat bila dapat feedback macam ni. Ketenangan hati adalah rezeki paling mahal dalam hidup, dan hati yang tenang itu bakal menarik rezeki melimpah ruah.


Ramai antara kita tak perasan yang kita ada membawa bebanan yang bersarang dalan hati. Dan bebanan itulah menjadi punca kesempitan rezeki dan kehidupan kita.


Dengan izinNya ramai yang dapat jawapan punca kesempitan hidup mereka dari FTR.

Jika ada sahabat yang rasa hidupnya tak tenang, macam ada perkara yang tak kena atau kehidupan terasa tak lancar, boleh cuba dapatkan FTR.



Boleh dapatkan secara online di sini..
111 Formula Tarik Rezeki

Atau whatsapp saya di 019-491 7769 (Syakirah)

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard