Tip Magnet Rezeki: "Suami dah tak marah-marah macam dulu.."

Monday, July 31, 2017

"Suami dah tak marah-marah macam dulu.."

Awal bulan haritu, saya ada share tentang "Sakit Hati Penyekat Rezeki" yang saya baca dari buku Formula Tarik Rezeki.

Dari sharing tu, saya terima beberapa respon dari sahabat yang membacanya.

Salah satu yang menjentik emosi saya, sorang sis ni, pembaca FTR juga, whatsapp saya.. Katanya suaminya selalu buat beliau rasa sakit hati.

Suaminya panas baran, sis ni rasa seolah beliau jadi tempat suaminya lepas kemarahan. Walau tak sampai tahap pukul, namun emosinya terseksa.

Beliau juga tak mampu nak teruskan baca FTR dan menangis terukk. Emosinya kelihatan terganggu, sampai tahap nak minta cerai.

Dengan pengetahuan yang amat terbatas, saya cuba tenangkan sis ni sambil mohon Allah bantu saya, aturkan ayat yang boleh bantu ringankan bebannya.

Saya pesan supaya beliau selalu sedekahkan Al-Fatihah buat suami, fokus hubungannya dengan Allah, perbaiki diri dan cuba buat task FTR tu. InsyaAllah nanti Allah baiki orang sekeliling, termasuk suaminya.

3 hari lepas, sis ni whatsapp saya. Lihat gambar. Yang atas tu masa mula-mula beliau whatsapp saya dan bahagin bawah tu 3 hari lepas.


Alhamdulillah syukur.. lega rasanya baca whatsapp ringkas beliau. Sama-sama doakan ya, moga beliau, suami dan seisi keluarga terus bahagia di dunia dan akhirat. Aamin..

Rezeki bukan sekadar duit. Kebahagian dan ketenangan dalam keluarga juga rezeki paling besar dan bermakna dalam hidup.

Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR

P/s: Sahabat boleh order FTR dengan klik - Order FTR - ATAU whatsapp 019-4917769.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard