Tip Magnet Rezeki: Keajaiban Istighfar

Saturday, August 5, 2017

Keajaiban Istighfar

Assalamualaikum. Hari ni best sangat, saya nak share tentang keajaiban ISTIGHFAR. Kisah ni saya dapat dari salah seorang sahabat Skuad Elit FTR.

Jemput baca ya.. ;)

Cik Ain, saya sedih sangat hari ni. terharu sangat... Betapa kerdilnya saya. Di saat orang lain bisnes mencanak-canak naik, saya punya merudum. Sampai saya berhutang dengan pekerja sendiri. Dan pekerja nak saman saya.

Ni lepas balik dari kampung minggu lepas, unifi pulak kena potong. Jenuh la ni dok guna prepaid internet pakai henpon. Susah la buat kerja.

Saya nak beli buku FTR tu pun tak boleh lagi. Jadi dengan tebal muka saya minta 1 tips dari buku tu melalui cik Ain. Cik Ain kata istighfar 1000x sehari.

Saya mulakan malam tadi. Itupun tak cukup 1000. Lepastu saya gembirakan perut suami saya dengan masak nasi goreng feveret dia tengah malam, pukul 2 pagi kot, tiba-tiba dia lapar. Saya tak habis lagi istighfar lepas buat solat taubat, tahajud, dan hajat.

Tapi saya utamakan suami la. Dan saya nampak dia heppi sangat nak sambung tido.

Ni lepas zohor saya istighfar 1000x sampai habis. Sambil istighfar saya dengar henpon saya  dok masuk mesej wasap.

Lepastu saya tengok rupanya 6 mesej berlainan duk tanya servis saya...

Allah, sayangnya Dia pada saya... Cik Ain, doakan semoga semua prospek saya terbuka hati nak close sale dengan saya ye. Boleh saya beli buku FTR tu dan saya nak langsaikan hutang pekerja saya.

Kredit : Ain Nazirah #SkuadElitFTR

+ + + +

Subhanallah.. Ajaib kan istighfar. Kita sebenarnya bergelumang dengan dosa, sama ada kita sedar atau tidak. Jika tidak dengan anggota tubuh, mungkin dengan lintasan hati.

Banyak merungut. Kurang bersyukur.
Terrr-mengutuk orang lain dalam hati.
Ada buruk sangka dengan orang lain.
Membazir..

Semuanya dosa. Sama-sama kita istighfar, mohon Allah bersihkan kita dari dosa. Salah satu penghalang rezeki sampai pada kita adalah dosa..




No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard