Tip Magnet Rezeki: Rahsia Mudah Lunas Hutang

Wednesday, February 14, 2018

Rahsia Mudah Lunas Hutang

Hutang banyak, makin bertambah..
Ada tak cara mudah untuk langsai hutang?
Banyak tips langsai hutang kan. Tapi hari ni nak share tentang doa.

Doa kan senjata mukmin, doa lah minta Allah bantu selesaikan hutang kita.

Untuk kali ni, saya nak share 2 doa yang boleh diamalkan khas untuk minta Allah bantu kita selesaikan masalah hutang. Boleh save ya doa-doa ni.

FB_IMG_1479694390458

doa-terbebas-dari-hutang

Sama-sama kita amalkan ya..

p/s: Saya ada 1 group telegram Himpunan Doa dan Tip Rezeki. Jemput join ya.

..........

Sebenarnya kan.. Ramai yang salah anggap, katanya..

"asyik doaa ja tak usaha, bukannya duit boleh turun dari langit pun.."

Helloo.. Sebenarnya doa juga salah satu bentuk usaha, malah usaha yang kita patut dahulukan berbanding usaha-usaha lain..

Dan Allah ada baanyak cara yang lebih canggih (berbanding duit jatuh dari langit) untuk bantu kita selesaikan hutang.

Jalan yang kadangkala tak terfikir dek akal pun. Kena ingat, kita bukan Tuhan nak tau semua benda. Rahsia Allah tak siapa tahu.

Meh saya share, salah satu kisah ajaib, bagaimana salah seorang pembaca FTR dapat langsai hutangnya dengan jalan tak disangka-sangka.

IMG_20180109_082401_110

IMG_20180109_082403_546

Subhanallah.. Hebat kan kuasa Allah.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang FTR boleh baca sini - Formula Tarik Rezeki (FTR) - ATAU boleh wasap saya dengan klik sini - wasap Syakirah -

Ok sambung..

Ada lagi satu tips PALING MAHAL saya nak share. hehe

Kadang kan, kita rasa dah berdoa, namun belum juga terkabul. Makin banyak hutang pulak tu.

Sebenarnya, banyak sebab doa kita tak terkabul. Mungkin kita sendiri pun tak yakin Allah boleh selesaikan hutang kita. Mungkin kita berdoa, namun dalam keadaan lalai.

Atau.. Doa-doa kita terhijab dengan dosa-dosa yang belum kita mohon ampun dari Allah.

Habis tu macam mana..

Usaha perbaiki diri, usaha mohon ampun dari Allah dan tunjukkan kesungguhan kita nak selesaikan hutang. Ada duit je, bayar hutang dulu! Bukan gi enjoy bagai nak rak. Lepas tu stress hutang tak selesai.

Satu lagi tips MAHAL.. Supaya doa kita tiada hijab.

Doakan orang lain!

Kita nak hutang kita langsai kan, maka, doakanlah agar hutang sahabat-sahabat kita, saudara kita dan semua orang yang terbeban hutang, dilangsaikan hutangnya dengan mudah.

Sebab doa kita terhadap orang lain akan di aminkan malaikat dan didoakan hal yang sama buat kita. Malaikat yang tiada dosa yang doakan kita!

Subhanallah, sebab tu lah dikatakan, antara doa yang makbul adalah doa seorang saudara terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuan mereka.

Sekian saja perkongsian saya kali ni.
Stay tune ya, nanti saya share lagi. Terima kasih sudi baca sampai habis, moga ada manfaatnya buat sahabat semua. :)

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard